Tuesday 22 September 2015

KISAH KEJATUHAN MELAKA (Huraian)

Sambungan.....

MENGAPAKAH SULTAN DIHASUT ?

Mengikut penulisan Kassim Ahmad tentang sejarah Melaka dalam buku "Kekerasan Dalam Sejarah", hampir semua sultan Melaka mempunyai isteri dalam kalangan anak perempuan bendahara, termasuklah Sultan Iskandar, Sultan Muhammad Syah, Sultan Muzaffar Syah dan Sultan Mansur Syah.

Atas sebab inilah, perbuatan Bendahara Tun Mutahir telah berlawanan dengan amalan kebiasaan yang mana beliau seharusnya memaklumkan atau mempersembahkan anak perempuannya, Tun Fatimah kepada Sultan Melaka terlebih dahulu.

Kemuncak perselisihan antara Bendahara Wan Mutahir dengan Sultan Mahmud Shah berlaku akibat difitnah oleh Datuk Shahbandar Mandeliar, Si Kitol dan Laksamana Khoja Hassan

Apabila kedatangan Portugis ke Melaka dengan tujuan berdagang, mereka telah disambut baik oleh Bendahara dan ini tidak disenangi oleh Datuk Shahbandar Mandeliar. Mandeliar berjaya menyebar fitnah kononnya Bendahara Melaka mahu mengambil alih takhta Sultan Melaka dan menyebabkan Sultan Mahmud Shah tidak berfikir panjang dan mengutuskan Tun Sura membunuh Tun Mutahir sekeluarga kecuali Tun Fatimah dan Tun Hamzah (masih kecil).

Akibat dari perbalahan dalaman ini menyebabkan sebahagian pedagang-pedagang tidak puas hati dan marah. Keadaan Melaka bertambah kacau apabila Portugis datang buat kali ke-2 dan melancarkan perang ke atas Melaka. Kekalahan Melaka ditangan Portugis banyak disebabkan oleh faktor dalaman.

Akibat perbuatan Sultan, fitnah dan rasa iri hati serta tamak menonjolkan watak pelaku seperti Mandeliar, Si Kitol dan Utimutiraja sebagai pembelot.. 

Mereka inilah yang membantu Portugis masuk dari pintu belakang menyerang Melaka dan tidak dijangka oleh pengawal-pengawal kota Melaka. Ibarat gunting dalam lipatan, diam-diam ada musuh dikalangan kita!


No comments:

Post a Comment