Thursday 27 August 2015

RUJUKAN

RUJUKAN DARIPADA PELBAGAI SUMBER

1. Mardiana Nordin , Hasnah Hussiin. 2014.
    "Pengajian Malaysia Edisi Kelima"
    Selangor Darul Ehsan.
    Oxford Fajar (Penerbitan Fajar Bakti)

VIDEO

VIDEO TENTANG KEJATUHAN KESULTANAN MELAYU MELAKA



Video ini serba sedikit menceritakan tentang saat-saat kegemilangan Melaka serta saat-saat kejadian kejatuhan Melaka. Malah, video ini menyelitkan beberapa faktor kejatuhan kerajaan Melaka pada suatu masa dahulu.

Kami harap video ini dapat memberi sedikit pencerahan atas perkara tentang Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka serta dapat lebih memahami tentang perkara ini. Terima kasih kepada 'tuan empunya' video ini kerana sanggup berkongsi karya ia. Video ini dimuatnaik daripada laman 'YouTube'.





SELAMAT DATANG!


Nama Pesyarah : Ustazah Nurul Asma Binti Effendi

Subjek : Pengajian Malaysia

Tajuk : Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka

Disediakan Oleh:

Nur Husna Tee Binti Muhammad Haziq Tee 
16DTP15F1050

Mariam Binti Ishak
16DTP15F1048

Dharini Devan Raj
16DTP15F1049

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Kami pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Semester 1 telah diberi tugasan untuk membina satu rangkaian "e-Folio (Blog)" tentang Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.

Melaka merupakan sebuah bandar bersejarah yang diketahui ramai. Sehingga kini sejarah Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka masih meniti di bibir orang ramai samada para pelancong atau masyarakat Malaysia sendiri.

Pada pendapat kami, seluruh rakyat Malaysia harus mengetahui bagaimana sesebuah kerajaan yang agung juga telah melalui zaman kejatuhannya yang tersendiri disebabkan oleh beberapa faktor yang wujud. Di sini, kami akan menceritakan sedikit demi sedikit tentang Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.








ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN

1. 'Welcome Greeting'
    - Kata alu-aluan.
2. Isi.
    - Faktor Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.

3. Video 
    - Video Kesultanan Melayu Melaka.
4. Rujukan 
    - Rujukan daripada pelbagai sumber.
     

Wednesday 26 August 2015

ISI

 FAKTOR-FAKTOR KEJATUHAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

Pengenalan
  • Zaman kegemilangan Melaka terserlah semasa Melaka di bawah pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah dan Sultan Alauddin Riayat Syah.
  • Namun, Kerajaan Melayu Melaka mula melalui zaman keruntuhannya pada akhir abad ke-15, terutama semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah.
  • Faktor yang menyumbang kepada kejatuhan kerajaan Melaka terbahagi kepada dua iaitu faktor dalaman dan faktor luaran.
Faktor - Faktor Dalaman :

Kelemahan Pemerintah 
  • Sultan Mahmud Syah sering mengabaikan doktorin keadilan dalam pemerintahannya.
  • Kelemahan dalam kalangan pembesar Melaka yang tidak secergas dan sebijaksana                      Bendahara Tun Perak.
  • Tun Perpatih Putih - Sudah berumur dan telah tepok kakinya. 
  • Adik Tun Perpatih Putih - Seorang yang boros.
 Kelemahan Sistem Pertahanan
    • Ketiadaan pahlawan terbilang seperti Hang Tuah dan Tun Hamzah.
    • Melemahkan lagi pertahanan kerajaan.
    Kurangnya Perpaduan Rakyat
    • Pembesar dan rakyat hidup berpuak-puak.
    • Puak tua (kumpulan Sultan Mahmud) dan puak muda (kumpulan Sultan Ahmad) yang tidak sefahaman.
    • Juga wujud pertelingkahan antara kaum India-Muslim dengan bangsa Melayu.
    Sikap Pembesar
    • Pembesar mengenakan cukai berlebihan kepada pedagang pedagang.
    • Menyebabkan pedagang marah dan berubah mencari pelabuhan lain seperti Acheh, Bentan, Pattani dan Brunei untuk berdagang.
    Pegangan Agama yang Lemah
    • Pegangan dan penghayatan agama oleh sesetengah pembesar dan rakyat nipis dan tidak dihayati sepenuhnya.
    • Kezaliman, ketidakadilan dan penindasan berlaku terhadap masyarakat serta kegiatan rasuah dalam kalangan pembesar.
    Faktor - Faktor Luaran :

    Penemuan Tanjung Pengharapan
    • Kuasa-kuasa Barat mula berminat dengan tapak perdagangan di Timur iaitu Tanjung Pengharapan. 
    • Keinginan Portugis untuk menguasai pelabuhan Melaka atas faktor memonopoli degangan rempah, menyekat penguasaan dagangan pedagang Islam dan menyebarkan agama Kristian.
    Pengkhianatan Dalam Kalangan Pembesar
    • Utimutiraja, seorang pemimpin Jawa yang membelot kepada kerajaan Melaka dengan membawa askarnya bagi pihak Portugis.
    Perisikan dan  Intipan yang Dilakukan Pihak Portugis
    •  Intipan dan perisikan oleh pihak Portugis menyebabkan pelan pertahanan kota Melaka dapat disalur keluar.
    Portugis Menyerang Melaka (1509 dan 1511)
    • Melaka menang pada serangan pertama tetapi kalah pada serangan kedua berlaku.
    • 24 Julai 1511, pihak Portugis iaitu Alfonso de Albuquerque bersama angkatannya ( 19 buah kapal perang & 1,400 orang tentera)
    • Pihak Portugis telah berjaya menundukkan Melaka.

    " Tanah melayu tanah pusaka,
    Megah berdiri disinggahsana,
    Adat dijunjung nama dijaga,
    Tidak melayu hilang didunia."
    - Datuk Laksamana Hang Tuah
    (Al-Fatihah)