Tuesday 22 September 2015

KESIMPULAN



Kesimpulannya, banyak pengajaran yang dapat diambil dan diamalkan dalam memajukan pentadbiran negara pada masa kini. Hal ini penting bagi mengelakkan kita daripada melakukan kesilapan-kesilpan yang pernah dilakukan para pemimpin terdahulu sehingga meruntuhkan sebuah empayar yang sangat berpotensi untuk menjadi satu kuasa besar suatu masa dahulu. Oleh yang demikian, yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.


Pembelot, Penghasut dan Penderhaka Moden.

Setelah usai petikan dibaca 
terdetik di minda satu pertanyaan senada 
wujudkah lagi si petualang bangsa?
Sanggup berkongsi cerita yang sama.

Adakah lagi pemegang watak si Mandeliar?
Wujudkah lagi si Kitol durjana?
Dan siapakah pula si Ultimutiraja?

Di zaman moden mereka mengukir cerita
memanjangkan sejarah yang telah sedia ada
dari kejatuhan Melaka berabad lama 
hingga ke era terkini mereka berkira-kira
menambahkan derita
pada agama, bangsa dan negara.

Adakah lagi mereka di dunia?
Apakah melayu masih leka dan mudah terlupa?

Maka sentiasalah beringat tentang sejarah terdahulu supaya sentiasa dijadikan teladan sepanjang kehidupan kita.

PENGAJARAN


PENGAJARAN ATAS KEJATUHAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

1. Sesungguhnya, usaha mempertahankan tanah air perlu mendapat kerjasama daripada semua lapisa masayarakat tidak kira bangsa dan agama.

2. Kita hendaklah sentiasa berhati-hati dalam menjalinkan hubungan dengan kerajaan luar yang mempunyai niat jahat terhadap negara kita.

3. Kita hendaklah mengekalkan penggunaan bahasa Melayu dan penggunaan tulisan Jawi supaya tidak terhakis dek zaman.

4. Elakkan sikap berpuak-puak dalam menjalankan pentadbiran negara serta fitnah melampau antara manusia.

KESAN KEJATUHAN MELAKA (Contoh)

Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis telah menyaksikan kejatuhan sebuah kerajaan empayar di alam Melayu.





Penjajah Portugis menduduki melaka selama 130 tahun , iaitu daripada tahun 1511 hingga tahun 1641. Matlamat asalnya untuk mengembangkan agama Kristian juga tidak berkesan . Antara kesan peninggalan penjajah Portugis hingga ke hari ini ialah kewujudan masyarakat,akibat perkahwinan orang Portugis dengan penduduk tempatan , pengenalan tulisan rasmi kepada  masyarakat melayu , kewujudan perkataan yang berasal dari bahasa Portugis (seperti palsu , almari , jendela , garpu dan tuala) kesan yang penting ialah kejatuhan kesultanan melayu melaka dan membawa kepada kemunculan kerajaan melayu-Riau, namun pengaruhnya tidak berkesan.

Orang Portugis mengetahui pentingnya Melaka sebagai pusat perdagangan.

Albuquerque membina sebuah kota di Melaka yang diberi nama Kota A‟Famosa. Portugis dengan segera menjalinkan hubungan persahabatan dengan orang Pegu, Jawa, Hindu,Cina, Siam dan juga penduduk dari Sumetera.

Tujuannya untuk memulihkan perdagangan yang terganggu akibat daripada perang Portugis-Melaka. Selain itu Portugis cuba membolot perniagaan rempah.

KISAH KEJATUHAN MELAKA (Huraian)

Sambungan.....

MENGAPAKAH SULTAN DIHASUT ?

Mengikut penulisan Kassim Ahmad tentang sejarah Melaka dalam buku "Kekerasan Dalam Sejarah", hampir semua sultan Melaka mempunyai isteri dalam kalangan anak perempuan bendahara, termasuklah Sultan Iskandar, Sultan Muhammad Syah, Sultan Muzaffar Syah dan Sultan Mansur Syah.

Atas sebab inilah, perbuatan Bendahara Tun Mutahir telah berlawanan dengan amalan kebiasaan yang mana beliau seharusnya memaklumkan atau mempersembahkan anak perempuannya, Tun Fatimah kepada Sultan Melaka terlebih dahulu.

Kemuncak perselisihan antara Bendahara Wan Mutahir dengan Sultan Mahmud Shah berlaku akibat difitnah oleh Datuk Shahbandar Mandeliar, Si Kitol dan Laksamana Khoja Hassan

Apabila kedatangan Portugis ke Melaka dengan tujuan berdagang, mereka telah disambut baik oleh Bendahara dan ini tidak disenangi oleh Datuk Shahbandar Mandeliar. Mandeliar berjaya menyebar fitnah kononnya Bendahara Melaka mahu mengambil alih takhta Sultan Melaka dan menyebabkan Sultan Mahmud Shah tidak berfikir panjang dan mengutuskan Tun Sura membunuh Tun Mutahir sekeluarga kecuali Tun Fatimah dan Tun Hamzah (masih kecil).

Akibat dari perbalahan dalaman ini menyebabkan sebahagian pedagang-pedagang tidak puas hati dan marah. Keadaan Melaka bertambah kacau apabila Portugis datang buat kali ke-2 dan melancarkan perang ke atas Melaka. Kekalahan Melaka ditangan Portugis banyak disebabkan oleh faktor dalaman.

Akibat perbuatan Sultan, fitnah dan rasa iri hati serta tamak menonjolkan watak pelaku seperti Mandeliar, Si Kitol dan Utimutiraja sebagai pembelot.. 

Mereka inilah yang membantu Portugis masuk dari pintu belakang menyerang Melaka dan tidak dijangka oleh pengawal-pengawal kota Melaka. Ibarat gunting dalam lipatan, diam-diam ada musuh dikalangan kita!


KISAH KEJATUHAN MELAKA (Huraian)

Sambungan.....

BAGAIMANA MELAKA YANG KUAT BOLEH TEWAS ?

Mengikut sejarah peperangan seperti U.S.yang menawan Iraq, strategi peperangan yang baik tidak akan berjaya dengan mudah jika tidak dibantu dari dalam. Dalam hal ini, tentunya Melaka mempunyai pengkhianat/pembelot yang berpaling tadah.

Penulis yakin bahawa ada fakta sejarah yang telah disorokkan. Ada pihak yang tidak mahu masyarakat Melayu Islam tahu sejarah sebenar. Bangsa Melayu sememangnya lebih hebat dari bangsa Feringgi dari segi peralatan perang dan meriam. Mana mungkin Melaka yang pernah digelar ‘Venice of East’ ditawan dengan mudah?

Ingat lagi Melaka pernah diserang oleh angkatan laut dan darat Siam ketika Sultan Muzafar Shah memerintah? Dengan kekuatan armada laut dan darat Melaka, dipimpin oleh Tun Perak, Tun Hamzah (Tok Bongkok) dan Hang Tuah, mereka berjaya menggagalkan serangan Siam. Begitu hebatnya armada laut kita sehingga tidak dapat berfungsi menghidu kehadiran Portugis malah menghalang serangan kapal Portugis? Mana menghilangnya armada laut Melaka ketika Melaka diserang? Ada pendapat mengatakan mereka berpaling tadah dan bersama-sama menyerang Melaka.

Portugis sebenarnya dibantu oleh kerajaan-kerajaan kecil dari Siam, Jawa dan Sumatera yang tidak berpuas hati dengan Melaka dari dahulu lagi. Ditambah dengan askar upahan dari Goa, Siam dan Jawa serta bantuan pembelot dari dalam iaitu pedagang Jawa dan Cina, menambah kejayaan Portugis menawan Melaka. Siapa tidak kenal dengan pembelot Melaka, saudagar Jawa yang bernama Utimutiraja. Disebabkan rasa tidak puas hati dan inginkan emas dalam istana, dia mengarahkan hamba-hambanya yang seramai 5000 orang memihak kepada Portugis. Pendapat mengatakan Utimutiraja akhirnya dibunuh oleh Portugis kerana bimbang beliau akan belot kali ke-2.


KISAH KEJATUHAN MELAKA (Huraian)

BAGAIMANA BERMULANYA KEJATUHAN MELAKA?




Kejatuhan Melaka bermula semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Beliau naik takhta setelah ayahandanya Sultan Alauddin Riayat Shah mangkat pada usia muda. Ketika itu Hang Tuah dan Tun Perak sudah tua. Ditambah lagi dengan sikap Sultan Mahmud Shah yang tidak elok, sedikit sebanyak menyumbang kemerosotan pemerintahan Melaka ketika itu.

Kedatangan Portugis ke Melaka pada pada tahun 1509 tidak disenangi banyak pihak termasuk pedagang-pedagang Arab dan India Muslim. Ini ditambah lagi dengan sikap buruk orang-orang Portugis yang suka membuat kacau.

Menurut sumber Sejarah Malaysia, kedatangan Portugis awalnya dilayan dengan baik tetapi keadaan berubah apabila orang-orang India dan Arab mendesak sultan dan bendahara agar tidak mempercayai pihak Portugis.

Mereka mendakwa bahawa pihak Portugis tidak akan berpuas hati dengan hanya sekadar berkongsi keuntungan perniagaan tetapi akan merampas keseluruhannya untuk diri mereka sendiri. Justeru itu, satu perancangan telah dibuat untuk menangkap orang-orang Feringgi atau Portugis dan menyerang angkatan laut mereka.

Bagaimanapun, perancangan tersebut telah terbongkar apabila seorang gadis Jawa yang sedang dilamun cinta dengan salah seorang kelasi Portugis telah memaklumkan kepada mereka.

Setelah mendapati rancangan asal telah terbongkar, pihak Melayu bertindak menangkap Ruy de Aranjo, salah seorang nakhoda Portugis bersama dua puluh kelasinya yang tidak bersenjata ketika sedang membeli barang keperluan. De Sequeira gagal membebaskan tahanan tersebut dan terpaksa berlayar meninggalkan mereka.

Pada tahun 1511, satu armada Portugis kembali dan menyerang Melaka setelah beberapa siri rundingan awal gagal. Asal sebab Portugis menyerang Melaka kerana penawanan orang-orang Portugis dan kepentingan Melaka kepada mereka setelah Goa, India. Serangan pertama Portugis gagal, tetapi berjaya menawan Melaka pada serangan ke-2. Sultan Mahmud Shah telah lari ke Pahang dan kemudiannya menetap di Pagoh.