Wednesday 26 August 2015

ISI

 FAKTOR-FAKTOR KEJATUHAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

Pengenalan
  • Zaman kegemilangan Melaka terserlah semasa Melaka di bawah pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah dan Sultan Alauddin Riayat Syah.
  • Namun, Kerajaan Melayu Melaka mula melalui zaman keruntuhannya pada akhir abad ke-15, terutama semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah.
  • Faktor yang menyumbang kepada kejatuhan kerajaan Melaka terbahagi kepada dua iaitu faktor dalaman dan faktor luaran.
Faktor - Faktor Dalaman :

Kelemahan Pemerintah 
  • Sultan Mahmud Syah sering mengabaikan doktorin keadilan dalam pemerintahannya.
  • Kelemahan dalam kalangan pembesar Melaka yang tidak secergas dan sebijaksana                      Bendahara Tun Perak.
  • Tun Perpatih Putih - Sudah berumur dan telah tepok kakinya. 
  • Adik Tun Perpatih Putih - Seorang yang boros.
 Kelemahan Sistem Pertahanan
    • Ketiadaan pahlawan terbilang seperti Hang Tuah dan Tun Hamzah.
    • Melemahkan lagi pertahanan kerajaan.
    Kurangnya Perpaduan Rakyat
    • Pembesar dan rakyat hidup berpuak-puak.
    • Puak tua (kumpulan Sultan Mahmud) dan puak muda (kumpulan Sultan Ahmad) yang tidak sefahaman.
    • Juga wujud pertelingkahan antara kaum India-Muslim dengan bangsa Melayu.
    Sikap Pembesar
    • Pembesar mengenakan cukai berlebihan kepada pedagang pedagang.
    • Menyebabkan pedagang marah dan berubah mencari pelabuhan lain seperti Acheh, Bentan, Pattani dan Brunei untuk berdagang.
    Pegangan Agama yang Lemah
    • Pegangan dan penghayatan agama oleh sesetengah pembesar dan rakyat nipis dan tidak dihayati sepenuhnya.
    • Kezaliman, ketidakadilan dan penindasan berlaku terhadap masyarakat serta kegiatan rasuah dalam kalangan pembesar.
    Faktor - Faktor Luaran :

    Penemuan Tanjung Pengharapan
    • Kuasa-kuasa Barat mula berminat dengan tapak perdagangan di Timur iaitu Tanjung Pengharapan. 
    • Keinginan Portugis untuk menguasai pelabuhan Melaka atas faktor memonopoli degangan rempah, menyekat penguasaan dagangan pedagang Islam dan menyebarkan agama Kristian.
    Pengkhianatan Dalam Kalangan Pembesar
    • Utimutiraja, seorang pemimpin Jawa yang membelot kepada kerajaan Melaka dengan membawa askarnya bagi pihak Portugis.
    Perisikan dan  Intipan yang Dilakukan Pihak Portugis
    •  Intipan dan perisikan oleh pihak Portugis menyebabkan pelan pertahanan kota Melaka dapat disalur keluar.
    Portugis Menyerang Melaka (1509 dan 1511)
    • Melaka menang pada serangan pertama tetapi kalah pada serangan kedua berlaku.
    • 24 Julai 1511, pihak Portugis iaitu Alfonso de Albuquerque bersama angkatannya ( 19 buah kapal perang & 1,400 orang tentera)
    • Pihak Portugis telah berjaya menundukkan Melaka.

    " Tanah melayu tanah pusaka,
    Megah berdiri disinggahsana,
    Adat dijunjung nama dijaga,
    Tidak melayu hilang didunia."
    - Datuk Laksamana Hang Tuah
    (Al-Fatihah)

    3 comments: