Tuesday, 22 September 2015

KISAH KEJATUHAN MELAKA (Huraian)

Sambungan.....

BAGAIMANA MELAKA YANG KUAT BOLEH TEWAS ?

Mengikut sejarah peperangan seperti U.S.yang menawan Iraq, strategi peperangan yang baik tidak akan berjaya dengan mudah jika tidak dibantu dari dalam. Dalam hal ini, tentunya Melaka mempunyai pengkhianat/pembelot yang berpaling tadah.

Penulis yakin bahawa ada fakta sejarah yang telah disorokkan. Ada pihak yang tidak mahu masyarakat Melayu Islam tahu sejarah sebenar. Bangsa Melayu sememangnya lebih hebat dari bangsa Feringgi dari segi peralatan perang dan meriam. Mana mungkin Melaka yang pernah digelar ‘Venice of East’ ditawan dengan mudah?

Ingat lagi Melaka pernah diserang oleh angkatan laut dan darat Siam ketika Sultan Muzafar Shah memerintah? Dengan kekuatan armada laut dan darat Melaka, dipimpin oleh Tun Perak, Tun Hamzah (Tok Bongkok) dan Hang Tuah, mereka berjaya menggagalkan serangan Siam. Begitu hebatnya armada laut kita sehingga tidak dapat berfungsi menghidu kehadiran Portugis malah menghalang serangan kapal Portugis? Mana menghilangnya armada laut Melaka ketika Melaka diserang? Ada pendapat mengatakan mereka berpaling tadah dan bersama-sama menyerang Melaka.

Portugis sebenarnya dibantu oleh kerajaan-kerajaan kecil dari Siam, Jawa dan Sumatera yang tidak berpuas hati dengan Melaka dari dahulu lagi. Ditambah dengan askar upahan dari Goa, Siam dan Jawa serta bantuan pembelot dari dalam iaitu pedagang Jawa dan Cina, menambah kejayaan Portugis menawan Melaka. Siapa tidak kenal dengan pembelot Melaka, saudagar Jawa yang bernama Utimutiraja. Disebabkan rasa tidak puas hati dan inginkan emas dalam istana, dia mengarahkan hamba-hambanya yang seramai 5000 orang memihak kepada Portugis. Pendapat mengatakan Utimutiraja akhirnya dibunuh oleh Portugis kerana bimbang beliau akan belot kali ke-2.


No comments:

Post a Comment