FAKTOR-FAKTOR KEJATUHAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
- Zaman kegemilangan Melaka terserlah semasa Melaka di bawah pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah dan Sultan Alauddin Riayat Syah.
- Namun, Kerajaan Melayu Melaka mula melalui zaman keruntuhannya pada akhir abad ke-15, terutama semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah.
- Faktor yang menyumbang kepada kejatuhan kerajaan Melaka terbahagi kepada dua iaitu faktor dalaman dan faktor luaran.
Faktor - Faktor Dalaman :
Kelemahan Pemerintah
- Sultan Mahmud Syah sering mengabaikan doktorin keadilan dalam pemerintahannya.
- Kelemahan dalam kalangan pembesar Melaka yang tidak secergas dan sebijaksana Bendahara Tun Perak.
- Tun Perpatih Putih - Sudah berumur dan telah tepok kakinya.
- Adik Tun Perpatih Putih - Seorang yang boros.
- Ketiadaan pahlawan terbilang seperti Hang Tuah dan Tun Hamzah.
- Melemahkan lagi pertahanan kerajaan.
Kurangnya Perpaduan Rakyat
- Pembesar dan rakyat hidup berpuak-puak.
- Puak tua (kumpulan Sultan Mahmud) dan puak muda (kumpulan Sultan Ahmad) yang tidak sefahaman.
- Juga wujud pertelingkahan antara kaum India-Muslim dengan bangsa Melayu.
Sikap Pembesar
- Pembesar mengenakan cukai berlebihan kepada pedagang pedagang.
- Menyebabkan pedagang marah dan berubah mencari pelabuhan lain seperti Acheh, Bentan, Pattani dan Brunei untuk berdagang.
Pegangan Agama yang Lemah
- Pegangan dan penghayatan agama oleh sesetengah pembesar dan rakyat nipis dan tidak dihayati sepenuhnya.
- Kezaliman, ketidakadilan dan penindasan berlaku terhadap masyarakat serta kegiatan rasuah dalam kalangan pembesar.
Faktor - Faktor Luaran :
Penemuan Tanjung Pengharapan
- Kuasa-kuasa Barat mula berminat dengan tapak perdagangan di Timur iaitu Tanjung Pengharapan.
- Keinginan Portugis untuk menguasai pelabuhan Melaka atas faktor memonopoli degangan rempah, menyekat penguasaan dagangan pedagang Islam dan menyebarkan agama Kristian.
Pengkhianatan Dalam Kalangan Pembesar
- Utimutiraja, seorang pemimpin Jawa yang membelot kepada kerajaan Melaka dengan membawa askarnya bagi pihak Portugis.
Perisikan dan Intipan yang Dilakukan Pihak Portugis
- Intipan dan perisikan oleh pihak Portugis menyebabkan pelan pertahanan kota Melaka dapat disalur keluar.
Portugis Menyerang Melaka (1509 dan 1511)
- Melaka menang pada serangan pertama tetapi kalah pada serangan kedua berlaku.
- 24 Julai 1511, pihak Portugis iaitu Alfonso de Albuquerque bersama angkatannya ( 19 buah kapal perang & 1,400 orang tentera)
- Pihak Portugis telah berjaya menundukkan Melaka.
" Tanah melayu tanah pusaka,Megah berdiri disinggahsana,Adat dijunjung nama dijaga,Tidak melayu hilang didunia."
- Datuk Laksamana Hang Tuah
(Al-Fatihah)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTq 😊 😊
ReplyDeleteBagus.boleh jadi maklumat kalau nak buat folio👍👍
ReplyDelete